Assalamualaikum,

Kalini Kak Nur nak cerita, 2 bulan sebelum Kak Nur dihubungi oleh serang wanita yang hendak buat tempahan pada bulan Julai. Semangat dia cari Homestay kat area Bukit Mertajam, 2 bulan sebelum dah contact Kak Nur. Macam biasala, Kak Nur mesti layan semua orang sebaik mungkin sedaya Kak Nur.

Daripada perbualan memang orangnya sangat beradab dan bukan jenis orang yang cerewet. Ciri-ciri pengunjung yang mudah dibawa berbincang. Kak Nur sebenarnya belum ready nak buka Memory Mengkuang Guesthouse sebab banyak yang Kak Nur nak kena upgrade. Memandangkan ada kekurangan terutama darpada segi cat yang agak usang di luar jadi Kak Nur agak tidak selesa untuk buka Homestay.

Tapi pengunjung ni memang betul-betul urgent nak cari Homestay. Katanya tarikh tu memang penuh kat semua tempat. Jadi Kak Nur terangkan apa yang kurang dan dia pon OK. Yang penting dalam rumah bersih dan selesa. So Kak Nur pun buka Homestay kak Nur pada dia.

Bermulalah episod selepas dia check in. Kak Nur pon pelik juga dia message cakap lantai berhabuk sedikit. Dia cakap nak bgtau yang cleaner tak sapu betul tapi yang lain-lain semua okay. Dia pun cakap terima kasih atas kebaikan Kak Nur melayan dia. Dia bukan nak complain cuma nak bgtau Kak Nur supaya Kak Nur take note in the future. Kak Nur pon OK and memang menerima apapon komen untuk penambahbaikan Homestay demi keselesaan pengunjung.

Lepastu dia message lagi cakap railing langsir jatuh masa dia check in. Kak Nur pun pelik, sebab masa cleaner pergi cuci siap tangkap gambar takdak pulak railing jatuh. So bersangka baik jerla, mungkin memang skru dia dah longgar.

Tetamu ni cuma stay semalam sahaja. Masani Kak Nur baru nak hire staff Kak Nur yang tiptop ni. Kak Nur cuma guna part time maid sebelumni. Jadi masa dia nak check out Kak Nur minta dia tinggalkan kunci pada tempat tertentu.

Dia pon ucap terima kasih, bagitau rumahni sangat besar dan selesa. Dia juga cakap terima kasih sebab bagi tempat untuk dirang stay. Memang sangat beradab orangnya. Lepastu Kak Nur pon maklumkan pada staff baru Kak Nur supaya datang cuci rumah, tangkap gambar dan hantar pada Kak Nur.

Staff tu terkejut betul tengok keadaan rumah. Dah pulak ada orang nak masuk urgent haritu. Mungkin ada yang kata, alah biasalah tu memang nak kena cuci kan rumah lepas orang masuk. Memangla kena cuci, tapi mentang-mentanglah orang cuci takkan la kita nak buat sukahati. Kita mai rumah orang kenala jaga adab, walaupun kita bayaq. Tapi bayaran kita tu tak dapat nak tampung kos nak bayar upah staff dan kerosakan yang dibuat. Elektrik lagi, ayaq lagi semua nak kena pikiaq.

Angpa tengok sendirilah macam mana. Tapi sebab fikirkan orangnya cakap beradab, kak Nur pon tengah-tengahlah. Redha jerla nak buat macam mana dah dapat yang tak jaga rumah kita. Ada hikmahnya.

Start haritu, Kak Nur memang pesan staff Kak Nur supaya pass kunci dan check sebelum keluaq. Kalau sebelum orang buat tempahan kak nur akan bagitau peraturan nak duduk di rumah ni dan mintak deposit security.

Kitani kalau boleh tak mau nak berkira dengan tetamu. Memang kita alu-alukan, tapi dua-dua kena saling bertolak ansurla. Masuk cara baik, keluaq pon cara baik. Jagalah harta benda orang baik-baik.













Mujuq staff Kak Nur yang tiptop ni mai bawak family dia yang pandai perbaik. bak kata omputih 'blessing in disguise'. Di sebalik musibah, ada kemudahan. Kira staff Kak Nur ni memang qeja cekap and tip top. Alhamdulillah Allah mai hantaq pertolongan.




Rata-rata yang mai Memory Mengkuang Guesthouse Bukit Mertajam ni memang baik-baik. Biasala, kadang-kadang terkena juga. Ada yang OK ada yang tak OK. Jadi kita kena selalu bersedia.

Angpa jangan la serik nak mai homestay Kak Nur bila dengaq cerita nih. kak Nur tak pukul rata. Kita cerita bukan nak buka aib sesiapa, tapi ambil iktibar lah.

Bagi sapa-sapa yang nak book Homestay di area Bukit Mertajam, Seberang Prai, Penang. Boleh wassap Kak Nur sini ya: Hubungi Kak Nur