Assalamualaikum,

Tak banyak yang saya nak certakan mengenai pengunjung dari KL ni. Apa yang pasti depa request nak masuk Homestay last minute. Dah pulak masatu Ta tengah nak kemas kes pengunjung yang tak berapa nak jaga rumah kami. Boleh rujuk artikel ni: Jagalah Rumah / Barang Yang Dipinjam Macam Kita Jaga Barang Kita Sendiri.

Mujur Ta and team cekap menangani situasi. Sempat mendobi, lap lantai dan setup cadaq dengan cekap sekali. Lepastu serah kunci kat Penginap dari KL ni. 

Mujur depa paham sebab depa nak masuk last minute. Jadi kemas ala kadar pon depa tak kisah.  tapi kalau boleh Kak Nur nak elakkan situasi yang macam ni.

Mula-mula depa nak duduk 3 malam saja daripada 2-5 Aug 2019. Lepastu depa request tambah dua malam lagi. Alhamdulillah rezeki.


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak Kak Nur di Memory Mengkuang Guesthouse.