Kunjungan 2 Malam Daripada Keluarga Putrajaya
Assalamualaikum,
Bilamana kita dapat pengunjung yang mudah berurusan itu namanya rezeki juga. Terima kasih Puan Herna dari Putrajaya kerana sudi berkunjung ke teratak kami pada 16-18 Aug 2019. Kasihan Puan Herna terpaksa menghadapi situasi paip bocor.

Masa puan Herna masuk ke homestay, tiba-tiba air di paip jamban bilik air kedua tercabut. Kepala paip sudah tidak dapat disambung semula. Mungkin getahnya dah lama. Almaklumlah dah banyak tahhun tak pernah check semua ni. Air keluar mencurah-curah.
Mujur Puan Herna sangat memahami, beliau menghubungi saya dengan segera kerana tidak mahu ada pembaziran air berlaku. Sementara menunggu team sampai, saya minta Puan Herna menutup air yang keluar dengan sesuatu terlebih dahulu. beliau ikat kain pada air yang keluar.
Dengan pantas, ta memaklumkan team untuk membetulkan paip yang bocor ini.
Alhamdulillah semua selesai tanpa apa-apa komplen daripada Puan Herna.